Tuesday, June 30, 2009

Perbezaan Ilmu (science) dan Pengetahuan (knowlwdge)

Maksud ilmu (science); ialah sesuatu yang dipelajari, diamati, dikaji dengan menggunakan metodologi tertentu secara sistematik dan logik untuk memperolehi kebenaran kebenaran tentang sesuatu perkara.

Pengetahuan : Ialah maklumat yang diketahui melalui pancaindera tetapi tidak mencapai tahap penguasaan sebagaimana ilmu.Oleh itu, perkataan ilmu lebih lengkap dan sesuai sama ada dari sedgi maksud ataupun bagi menunjukkan tahap pencapaian penguasaan sesuatu bidang
pengetahuan.

Contoh ilmu ; boleh memperbaiki kipas elektrik yang rosak
Contoh pengetahuan ; tahu tentang kipas, jenis kipas dan rupa bentuk kipas.
Apa yang penting kepada kita ialah bagaimana melahirkan generasi berilmu, bukan sekadar generasi bermaklumat dalam sesuatu perkara. Justeru itu, penguasaan ilmu terhadap sesuatu perkara sangat penting. Tanamkanlah "ilmu" dalam jiwa anak-anak, pindahkanlah "ilmu" kepada generasi kita, bukan maklumat atau pengetahuan,kerana pengetahuan biasa akan dapat mereka perolehi melalui pengalaman seharian. Ilmu menuntut pergerakan mata hati, keaktifan budi kebijaksanaan penalaran dan akal yang tinggi ke tahap kesedaran hakiki.

5 comments:

  1. slm ustz..
    mcm topik yg ustz ajr kteorg pg td jerk.
    =)

    ReplyDelete
  2. salam, ya insyallah bahan kuliah akan disertakan untuk tatapan semua.

    ReplyDelete
  3. Pengenalan
    Maksud "ulum" ialah ilmu - jamak Ulum Hadith bermaksud pengajian atau sains mengenai hadith.
    Manakala "hadith" merupakan semua perkara perkara yang datang daripada Rasulullah s.a.w.
    Umumnya, Perkara yang diteliti dalam ulum hadith ialah sanad, rangkaian perawi, dan matan, teks hadith tersebut.BAHASA BARU, JAMAKNYA (حداث, حدثاء, حدث)KHABAR ATAU BERITA#YANG DEKAT
    Bahasa - Perkhabaran… (Toha 20;ayat 9)( al-Buruj 85;ayat 17)( al-Tahrim 66;ayat 3)Percakapan… (an-Nisa’ayat 42,87 )Keterangan…(al-Kahfi ayat 6)(az-Zummar ayat 23)(al-Najm ayat 59)Mimpi…(surah Yusof ayat 6,21)Cerita atau kisah…(al-Mu’minun ayat 44)(Saba’ ayat 19)
    PENGERTIAN HADIS MENGIKUT AHLI-AHLI HADIS:SEGALA UCAPAN, PERBUATAN DAN KEADAAN NABI. PENGERTIAN HADIS MENGIKUT AHLI-AHLI USUL: SEGALA PERKATAAN, PERBUATAN DAN PENGAKUAN (تقرير) NABI. SESETENGAH ULAMA’ PULA MENAMBAH DENGAN SIFAT # MENURUT الزمخشري, DINAMAKAN HADIS KERANA PERIWAYATAN KETIKA MERIWAYATKAN HADIS ; DICERITAKAN KEPADA AKU BAHAWA NABI BERSABDA#MENURUT القرماني, DILIHAT DARI PERIMBANGAN DENGAN AL-QURAN YANG QADIM, DAN YANG LAHIR DARI RASULULLAH SAW ITU HADIS
    Tujuan Mempelajari…………UNTUK MENGETAHUI PUNCA PENGAMBILAN HADIS (ISNAD HADIS) # UNTUK MENYIASAT KEBENARAN BAGI SESUATU HADIS # UNTUK MENGKAJI PERAWI-PERAWI HADIS # UNTUK MENGETAHUI KAEDAH-KAEDAH ILMU BAGI MEMBUAT PEMBAHAGIAN HADIS
    Perkembangan Maksud
    Hadith – adalah kata benda dari tahdith bermaksud pembicaraan dari sini keluarlah definisi ucapan, perbuatan dan ketetapan yang dinisbahkan kepada Nabi s.a.w. (Abd.baqa’ al-Qadhi;Hidayatul Arifin)
    Ahadith-mufrad bermaksud “Buah bicara” – jamaknya Uhduthah # (Al-Farra’ -Yahya b. Ziyad ulama’ Nahu di Kifah) Hadith – bermaksud “baru” vs “qadim” merujuk kepada sunnah dan kitabullah (Syeikh Ibn Hajar;Syarah al-Bukhari)
    Sunnah - Bahasa ; JALAN/SIRAH, JALAN YANG BIASA DIIKUTI SAMA ADA BAIK ATAU BURUK.# Terdapat juga ulama yang membezakan sunah dan hadith # Sunah bersifat khusus iaitu berkaitan dengan jalan keagamaan yang ditempuh dengan perilakunya /perbuatan yang suci sementara hadith bersifat umum # Sunnah Qauliyyah adalah hadith dan sunnah fi’liyyah adalah sunnah. # Hadith merangkumi sabda dan perbuatan sementara sunnah hanya perbuatan # Sunnah-Sesuatu yang berlawanan dengan bid’ah.Kerana sunnah merupakan jalan hidup yang dirintis oleh nabi manakala jalan hidup yang dirintis selain daripada nabi dikenali dengan bid’ah. # Golongan ahli hadis mentakrifkan as-Sunnah apa yang disandarkan kepada nabi,sama ada apa yang berhubung dengan perkataan,sebelum menjadi rasul atau selepasnya # Ulama’ usul mentakrifkan as-Sunnah ialah tiap apa yang diambil daripada nabi selain daripada al-Quran sama ada perkataan atau perbuatan. # Golongan fuqaha’ mentakrifkan as-Sunnah ialah perkara atau sesuatu yang diberi pahala bila dilakukan dan dicela bila ditinggalkan tetapi tidak berdosa.
    KHABAR Bahasa:- Khabar-Berita yang disampaikan dari seseorang kepada seseorang.
    Ikhbar-berita Ikhbar- Berita yang disandarkan kepada baginda s.a.w
    Istilah:-
    Perselisihan pendapat antara para ulama’
    1. Ibn Hajar al-’Asqalani,al-Khabar sama ertinya dengan al-Hadis.
    2. Berita daripada Rasulullah @ dari sahabat @
    tabi’in.Untuk itu berdasarkan pengertian ini,al- Khabar itu meliputi Hadis Marfu’,Hadis Mauquf dan Hadis Maqtu’
    (Menurut Hassan al-Mas’udi,pendapat pertama lebih sohih)
    3.Berita yang disampaikan bukan dari Rasulullah @ selain daripada Rasulullah.
    4.Menurut pendapat lain,al-Khabar diitlaqkan @ digunapakai kepada apa yang diterima daripada Rasulullah iaitu sama pengertian dengan al-Hadis.
    Athar-bekas @ kesan
     Istilah:-Perselisihan pendapat antara para ulama’ iaitu ; Pendapat pertama :-Sama maknanya dengan al-Hadis.Ia bermaksud sesutu yang diriwayatkan dari Rasulullah samada perkataan,perbuatan,pengakuan @ sifat-sifat. Pendapat kedua:-Al-Athar ialah hadis mauquf iaitu sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat.-Imam Nawawi (Menurut Hassan al-Mas’udi,pendapat muktamad ialah pendapat yang pertama)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete